I came across something nice to be shared with all of you last Sunday when I was reading the newspaper. However, I did not have the time to actually write about it until today.
It was at the Luahan Rasa Bersama Putri section in the Mingguan Malaysia. It is a section particularly for people write-in their problems. Though, one letter by Hamba Yang Sunyi drew my attention.
[Excerpt from Mingguan Malaysia dated February 12, 2006.]
Panduan buat mereka yang belum bertemu jodoh
Putri,
Saya tertarik dengan luahan hati dan perasaan bertarikh 22 Januari lalu ‘tak ada boyfriend pun tak apalah’. Kalau tidak silap saya, perngirimnya menggunakan nama pena Alline. Seperti beliau, saya juga masih solo dan sedang mencari-cari pasangan hidup, di dunia dan akhirat.
Namun, saya tahu dan saya pasti insane-insan di luar sana pun tahu bahawa baik ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu kesemuanya terletak di tangan Tuhan yang mentadbir alam ini. Cuma, perjalanan kita sahaja yang berbeza-beza. Ada yang susah mahupun senang. Tidak kurang yang di uji terlebih dahulu sebelum menerima ganjarannya. Jadi, kita perlu mengharunginya dan meneruskan hidup ini, tidak kiralah sama ada kita suka ke atau tak suka ke.
[This is the part in which I like and want to share with my readers]
Cuma, inilah bekalan yang selama ini saya bawa. Sudi apalah kiranya ia dikongsikan bersama. Kalau baik, ambillah, jika tidak sekalipun, tidak mengapalah. Pertamanya, berusaha dan berikhtiar. Kita kena harunginya. Ceritanya seperti Saidatina Siti Maryam ketika melahirkan anaknya. Anda sedia maklum bukan, wanita selepas bersalin lazimnya tidak mempunyai tenaga yang tinggal namun Allah s.w.t. memerintahkan agar Siti Maryam menggoncangkan pohon tamar yang kering. Itu adalah tafsiran bahawa kita perlulah bergerak, berusaha, tidak kiralah susah ke, payah ke atau sakit ke.
Keduanya, kita berdoalah setiap hari. Pendek kata, setiap masa kerana doa itulah senjata orang mukmin. Jadi, Siti Maryam sentiasa berdoa kepada Tuhannya. Yang susah tadinya pada pandangan manusia, berubah menjadi senang. Maka, tamar yang kering tadi jadi lebat berbuah.
Ketiganya, selepas kita berdoa, kita kenalah bersabar. Keempat, tawakal dan berserah diri kepada-Nya. Kelima dan akhir sekali, yakin dan bersangka baiklah kepada-Nya. Ada sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: Sangkaan Allah s.w.t. pada hamba-hambaNya. Kalau hamba-hambaNya itu bersangka baik pada sesuatu, perkara itu baiklah ia. Tetapi sebaliknya kalau sangkaan itu tidak baik, maka jadi tidak baiklah ia.
-HAMBA YANG SUNYI
So, marilah kita sama-sama renungkan bersama. Because it is not just for the people who is still in search of the ‘ONE’, but it is a good ‘bekalan’ for everyone with other problems as well. It was even a good piece for myself.
ENJOY YOUR WEEKEND, FELLAS!!!!
February 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
eh, that gelojoh guy still kacau a? i think U should put on some weight so that U look like a mom with 2 kids. ha..ha..ha...just kidding! go girl! anda masih terhangat di pasaran.
hahah... gelojoh guy? Kelakar jer bunyi nyer...
Post a Comment